Friday 14 March 2014

Perodua Myvi SE 1.3 Harga Bermula RM44,924.30



Perodua telah memperkenalkan variasi kereta mampu milik yang di kenali dengan S-Series bagi membantu rakyat Malaysia yang kini semakin di bebani taraf hidup yang semakin meningkat. Huruf S tersebut singkatan daripada Special iaitu Istimewa buat pembeli yang mana menawarkan pada harga rendah tetapi masih lagi memiliki ciri-ciri penting pada sesuatu kereta. Ianya adalah sebuah kereta mampu milik oleh rakyat Malaysia tanpa kompromi dengan kualiti, keselesaan, prestasi pemanduan dan keselamatan. Dalam variasi S-Series ini mempunyai model Viva S 1.0, Myvi SE 1.3 dan Alza S 1.5.

Myvi SE 1.3 ini merupakan model keluarga yang sama seperti Myvi SE 1.5 cuma dengan engin 1.3 Liter dan di kuasakan dengan engin DVVT, empat silinder, DOHC 16V di lengkapi dengan Electronic fuel injection ( EFI ), dengan kuasa maksimum 67 kW @ 6000rpm dengan tork maksimum 117 Nm @ 4400 rpm. Ianya mempunyai dua transmisinya tersedia antara manual lima kelajuan atau automatik empat kelajuan. Terdapat enam pilihan warna iaitu Kelabu (Medalion Grey), Hitam (Ebony Black), Silver (Glittering Silver), Putih (Ivory White), Unggu (Mystical Purple) dan warna baru Jingga (Ozzy Orange).

Myvi SE 1.3 ini di lengkapi dengan stereng kuasa (Power Stering), kerusi duduk dengan pelaras ketinggian, alas kaki (Carpet Mats), dulang bagasi (Lugage Tray), segi tiga keselamatan (Safety Triangle), bekas pelbagai guna boleh alih (Portable Multi-purpose Container), penyangkut bagasi (Head rest shopping hooks)  dan radio Stereo serta pemain CD dengan menyokong audio MP3/WMA. Ianya juga mempunyai dulang di bawah kerusi, panel tengah papan pemuka dengan kemasan berwarna perak, rim keluli bersaiz 14 inci dan Dengan reka bentuk luaran seperti Myvi SE 1.5 litre, hiasan dalamannya di warnai dengan menarik iaitu hampir keseluruhannya berwarna kelabu kehitaman

Dengan harga bermula RM44,924.30 untuk transmisi manual dan RM47,924.30 untuk transmisi automatik bagi harga atas jalan (On The Road) dan di semenanjung Malaysia. Harga tersebut merupakan harga lebih rendah sekurang-kurangnya dalam RM7,100 berbanding Perodua Myvi SE 1.5 RM53,040.50 (manual & warna solid). Perodua turut menawarkan servis percuma selama tiga tahun mengikut terma yang ditetapkan.

































No comments:

Post a Comment