Tuesday 23 September 2014

Perodua Myvi XT Harga Bermula RM41,936.45



Pihak Perodua telah melancarkan variasi baru Myvi secara rasminya, dinamakan sebagai Myvi XT. Secara kasarnya, ia boleh dikatakan sebagai versi asal Myvi, tetapi dalam beberapa pilihan warna baru dan perubahan pada bahagian dalaman. Disamping pelancaran Myvi XT, Perodua juga turut mempromosi skim “What’s Up Graduate” yang pada dasarnya merupakan tawaran istimewa yang memudahkan penuntut serta graduan kolej dan universiti membeli kereta Perodua. Promosi “What’s Up Graduate” menawarkan kad hadiah Petronas bernilai RM500, baucer Perodua bernilai RM500 dan perlindungan insuran kemalangan diri bernilai RM20,000.


Myvi XT ini merupakan model keluarga yang sama seperti Myvi asal dengan engin 1.3 Liter dan di kuasakan dengan engin DVVT, empat silinder, DOHC 16V di lengkapi dengan Electronic fuel injection ( EFI ), dengan kuasa maksimum 67 kW @ 6000rpm dengan tork maksimum 117 Nm @ 4400 rpm. Ianya mempunyai dua transmisinya tersedia antara manual lima kelajuan atau automatik empat kelajuan. Terdapat lima pilihan warna iaitu Kelabu (Medalion Grey), Silver (Glittering Silver), Putih (Ivory White), Unggu (Mystical Purple) dan dua warna baru iaitu Merah (Dazzling Red) dan Hijau (Lime Green).


Myvi XT ini di lengkapi dengan dua beg udara berkembar, Sensor Belakang (Reverse Sensor), Tingkap Pintu Kuasa(Power Window), stereng kuasa (Power Stering), alas kaki (Carpet Mats), dulang bagasi (Lugage Tray), segi tiga keselamatan (Safety Triangle), Palam Pengecaj (Power Socket), tali pinggang keselamatan pra-regangan (pre-tensioner) dan radio Stereo serta pemain CD dengan menyokong audio MP3/WMA serta Bluetooth. Ianya juga mempunyai dulang di bawah kerusi, panel tengah papan pemuka dengan kemasan berwarna kelabu kehitaman, rim keluli bersaiz 14 inci dengan lima batang rim dan balutan tempat duduk dengan kemasan fabrik baru.

Walau Bagaimanapun, terdapat beberapa komponen yang tiada pada Myvi XT di sebabkan harganya yang murah. Antaranya ialah Lampu Kabus (Fog Lamp), Spoiler Belakang (Rear Spoiler), kerusi duduk dengan pelaras ketinggian (Seat height adjuster) dan Sistem Keselamatan ABS serta EBD. Walaupun begitu, kerusi belakangnya boleh di lipat bagi memberi keluasan pada kabin belakang dan ianya juga mampu membuat pusingan mudah dengan hanya 4.7meter. Malahan ianya mendapat tiga bintang daripada Asean NCAP.


Harga yang ditawarkan untuk Myvi Xt dengan transmisi manual ialah RM41, 936.45 (Solid) dan RM42,436.45 (Metalik). Bagi Myvi XT dengan transmisi automatik pula, harganya ditetapkan pada RM44,936.45 (Solid) dan RM45,436.45 (Metalik). Kesemua harga adalah OTR termasuk insuran. Ianya juga didatangkan dengan jaminan pengeluar selama tempoh 3 tahun atau 60,000km.





























No comments:

Post a Comment