Sunday 9 February 2014

Gambar Proton P2-30A Tertiris



Pada awal tahun 2014, Proton kelihatan mencuba jentera model kompak terbaru yang di beri kod nama P2-30A. Jentera baru ini merupakan model Global Small Car (GSC) yang bakal mengantikan Proton Savvy kelihatan menjalani ujian di Genting malah juga kelihatan di Negara Sweden kerana model GSC ini juga untuk pasaran Eropah.

Walaupun kini sudah banyak gambar tertiris menunjukan menggunakan warna samaran (Camoufalge) hampir keseluruhan luaran badan kereta termasuk lampunya, kini terdapat satu gambar tertiris menunjukkan reka bentuk lampu belakang (Tailgate). Lampu belakangnya kelihatan berbentuk Trapezoidal yang mempunyai warna merah di atas dan lampu putih di bawah yang mungkin lampu Reverse dan  Signal. 


Malahan kini juga sudah ada gambar tertiris menunjukan reka bentuk hiasan dalamannya walaupun masih tidak keseluruhannya kerana masih di tutup rahsia. Pada gambar tertiris menunjukkan paparan skrin yang mungkin Infotainment seperti yang di perkenalkan pada Proton Preve. Rangka paparan skrin tersebut di warnai dengan warna Chrome dan di kiri kanan terdapat saluran untuk penghawa dingin. Pada Steering pula kelihatan terdapat butang bagi mengawal kawalan suara dan pada kiri bawahnya terdapat kawalan ketinggian Steering.

Pada bawah paparan skrin pula terdapat beberapa butang kawalan iaitu kawalan sensor Parking, butang pengunci pintu, butang lampu Hazard ketika kecemasan dan butang kawalan Electronic Stability Program. Pada bawahnya pula terdapat tiga tombol kawalan penghawa dingin iaitu kawalan arah angin, kelajuan kipas dan kawalan suhu. Menariknya pada bawah sekali pada sebelah palam pencucuh terdapat slot untuk port USB bagi memudahkan menyambung wayar pengecas telefon pintar yang kini semakin ramai orang menggunakannya. 






Berikut merupakan gambar tertiris menunjukkan bentuk luaran badan yang menggunakan warna samaran (Camouflage) yang sedang di uji semasa cuaca salji.












Sumber daripada paultan.org & permotoran.com

No comments:

Post a Comment