Sunday 9 February 2014

Proton R3 Suprima S Di Perkenalkan




Proton dengan rasminya telah merasmikan jentera yang telah di pertingkatkan iaitu Proton R3 Suprima S untuk Malaysian Touring Car. Ianya telah di rasmikan di Karnival Jualan Proton di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu. Proton R3 Suprima S ini bakal memasuki pertandingan Malaysian Super Series (MSS) 2014 bermula 28 Mac hadapan di Sepang Circuit International (SCI).


Proton R3 Suprima S ini dikuasakan enjin 1.6 liter CPS yang menghamburkan kuasa bertenaga setinggi 178hp @ 7,500rpm dan tork maksimum mencecah 224Nm pada 4,000rpm dengan transmisi engin menggunakan F41 5 MT Close Ration Gearbox. Ianya juga di lengkapi dengan BodyKit R3 Front Splitter, Side Skirt dan R3 Custom Brake Cooling Ducts. 

Proton R3 Suprima S juga di lengkapi dengan SportRim 15 inci daripada R3 Lightweight ET25 5H PCD 114.3 serta mengunakan tayar Hankook Ventus Z221 195/55R15 Semi Slick. Bagi memberikan keselamatan maksimum, rangka badan jentera ini telah di perkukuhkan enam titik RollCage dan menggunakan rangka R3 Lightweight BodyShell.











Sumber daripada paultan.org & permotoran.com


No comments:

Post a Comment