Monday 10 February 2014

Gambar Proton Perdana Terbaru




Proton Perdana Baru ini adalah merupakan model berdasarkan Honda Accord generasi kelapan bagi mengantikan Proton Perdana yang lama. Setakat ini terdapat dua variasi yang di temui iaitu 2.4P bagi edisi Premium dan 2.0E yang di temui di bawa di atas Trailer. Perbezaan ketara yang dapat di lihat dari luarannya ialah pada SportRim yang mana 2.4P menggunakan lima batang berkembang dan 2.0E menggunakan tujuh batang berkembar.

Dari reka bentuk luaran Proton Perdana ini serupa seperti Honda Accord cuma beberapa bahagian di ubah suai. Perubahan tersebut adalah Grille hadapan seperti Proton Saga FLX, Bumper depan dan belakang. Pada Boot belakangnya, lampu hiasan tambahan di sebelah lampu belakang telah dibuang dan di ganti dengan jalur besi berwarna Chrome. Manakala bagi hiasan dalaman pula tidak kelihatan banyak perubahan kecuali pada Steering di letakkan logo Proton. 

Gambar Proton Perdana 2.4P ini adalah di naiki oleh Proton Executive Chairman, Tan Sri Mohd Khamil Jamil. Kebiasaannya Tan Sri Mohd Khamil Jamil menaiki kereta Audi A8L dengan nombor plate DR13 (DRB) tetapi pada acara DRB-Hicom sesi media beliau menaiki Proton Perdana 2.4P ini dengan nombor plate W 2239 L. Semestinya kereta Proton Perdana 2.4P yang beliau naiki ini bukan la model jenis memanjang yang hanya terhad untuk kegunaan rasmi Perdana Menteri sahaja.












Sumber daripada paultan.org

No comments:

Post a Comment