Tuesday 18 February 2014

Perodua Viva S Harga Bermula RM34,774




Perodua telah memperkenalkan variasi kereta mampu milik yang di kenali dengan S-Series bagi membantu rakyat Malaysia yang kini semakin di bebani taraf hidup yang semakin meningkat. Huruf S tersebut singkatan daripada Special iaitu Istimewa buat pembeli yang mana menawarkan pada harga rendah tetapi masih lagi memiliki ciri-ciri penting pada sesuatu kereta. Ianya adalah sebuah kereta mampu milik oleh rakyat Malaysia tanpa kompromi dengan kualiti, keselesaan, prestasi pemanduan dan keselamatan. Dalam variasi S-Series ini mempunyai model Viva S 1.0, Myvi SE 1.3 dan Alza S 1.5.

Viva S ini merupakan kelas pertengahan dengan engin 1 Litre (hanya automatik) dan merupakan kereta yang di lengkapi dengan gear automatik yang termurah di Malaysia. Ianya  di kuasakan dengan engin DVVT, tiga silinder, DOHC 12V bersesaran 1.0 liter, dengan kuasa maksimum 45kW@6000rpm dengan tork maksimum 90Nm@3600rpm. Terdapat lima pilihan warna iaitu Kelabu (Medalion Grey), Hitam (Ebony Black), Silver (Glittering Silver), Putih (Ivory White) dan warna baru Jingga (Ozzy Orange).



Viva S ini di lengkapi dengan stereng kuasa (Power Stering), kerusi duduk dengan pelaras ketinggian, bekas menyimpan kasut di bawah kerusi duduk, pelindung matahari dengan cermin serta slot pemegang tiket dan radio Stereo serta pemain CD dengan menyokong audio MP3/WMA. Ianya juga mempunyai dulang di bawah kerusi, panel tengah papan pemuka dengan kemasan berwarna perak, rim keluli bersaiz 12 inci dan tidak dilupakan balutan tempat duduk dengan material bergred tinggi. 

Dengan harga bermula RM34,774.30 untuk warna Solid dan RM35,174.30 untuk warna Metalik bagi harga atas jalan (On The Road) dan di semenanjung Malaysia. Harga tersebut merupakan harga lebih rendah sekurang-kurangnya dalam RM3,100 berbanding Perodua Viva Elite iaitu RM47,874.30 (manual). Ianya merupakan variasi di atas model Viva 660 BX dan Viva 850 EX tetapi di bawah Viva Elite. Perodua turut menawarkan servis percuma selama tiga tahun mengikut terma yang ditetapkan. 
















Sumber daripada paultan.org & arenakereta.com & perodua.com.my

No comments:

Post a Comment