Friday, 7 February 2014

Perodua Melancarkan S-Series Bagi Viva, Myvi dan Alza



Perodua telah melancarkan model terbaru iaitu S-Series yang terdiri daripada Viva S, Myvi 1.3 SE dan Alza S. Ianya adalah bagi menambah baik bagi model sebelumnya iaitu Viva BZ, Myvi 1.3 Premium dan Alza Standard. Huruf 'S' pada S-Series adalah bermaksud Special (istimewa). Menurut Perodua adalah berbaloi dengan duit mengikut variasi kereta dan telah di tambah baik dari model sebelum tetapi tiada penambahan harganya. Kesemua model di berikan percuma bekas pelbagai guna (Portable MultiPurpose Container) dan pemegang beg pengguna (Head Rest Shopping Hook). Malah terdapat warna baru sebagai pilihan warna sebelumnya setiap model iaitu Jingga (Ozzy Orange) seperti warna Jinnga pada Proton Gen2.


1. Viva S

Viva S ini merupakan kelas permulaan dengan engin 1 Litre (hanya automatik) dan merupakan kereta yang di lengkapi dengan gear automatik yang termurah di Malaysia. Dengan harga bermula RM34,774.30 untuk warna Solid dan RM35,174.30 untuk warna Metalik bagi harga atas jalan (On The Road). Ianya merupakan variasi di atas model Viva 660 BX dan Viva 850 EX tetapi di bawah Viva Elite. Viva S ini juga di lengkapi dengan Power Stering, kerusi duduk boleh ubah ketinggian, bekas menyimpan kasut di bawah kerusi duduk, cermin pemandu dan radio Stereo. 










2. Myvi 1.3 SE


Sebelum ini model Myvi SE hanya bagi variasi engin 1.5 litre sahaja yang mana harganya agak mahal untuk di miliki. Pada S-Series ini Perodua memperkenalkan Myvi SE untuk variasi engine 1.3 litre dengan harga yang mampu milik. Harga di tawarkan bermula RM44,924.30 untuk manual dan RM47,924.30 untuk automatik. Dengan reka bentuk luaran seperti Myvi SE 1.5 litre, hiasan dalamannya di warnai dengan menarik iaitu hampir keseluruhannya berwarna kelabu kehitaman.










3. Alza S

Alza S merupakan gantian daripada model Alza Standard yang adalah kelas permulaan. Harga di tawarkan bermula RM53,517 untuk manual dan RM56,517 untuk automatik. Dari segi luarannya telah di lengkapi dengan lampu kabus (Fog Lamp) dan Spoiler belakang. Dari segi hiasan dalaman pula warnanya seperti Myvi SE 1.3 litre dengan warna kelabu kehitaman. Hiasan dalaman yang ketara di lihat adalah susunan Dashboard bawahnya serta posisi Gear di kemaskini bagi memberi ruang yang lebih luas kepada pemandu dan penumpang hadapan. 








Sumber daripada paultan.org

No comments:

Post a Comment