Tuesday 11 February 2014

Proton Saga SV Harga Bermula RM33,438




Proton telah memperkenalkan model kereta mampu milik yang di kenali dengan Proton Saga SV bagi membantu rakyat Malaysia yang kini semakin di bebani taraf hidup yang semakin meningkat. Huruf SV tersebut singkatan daripada Super Value iaitu Nilai Luar Biasa yang mana menawarkan pada harga rendah tetapi masih lagi memiliki ciri-ciri penting pada sesuatu kereta. Ianya adalah sebuah kereta mampu milik oleh rakyat Malaysia tanpa kompromi dengan kualiti, keselesaan, prestasi pemanduan dan keselamatan. 

Menurut Proton, Proton Saga merupakan antara model terlarisnya di Malaysia dan telah menerima penarafan 3-Bintang dari ANCAP (ASEAN New Car Assessment Programme). Di samping itu, ianya turut menerima anugerah sebagai sedan kompak dengan nilai terbaik (Best Value Compact Sedan) oleh NST-Maybank Car of the Year Awards 2012 (COTY). Proton Saga SV juga merupakan varian tambahan daripada model sedia ada Proton Saga FLX, yang mana ianya merupakan varian paling asas diikuti varian Standard, Executive, dan Executive CVT (Saga FLX SE).

Spesifikasi Saga SV hampir sama dengan varian Standard iaitu dikuasakan enjin Campro IAFM, 4 Silinder, DOHC 16V bersesaran 1.3 liter, dengan kuasa 94hp@6,000rpm dan tork maksimum 120Nm@4,000rpm. Ianya mempunyai dua transmisinya tersedia antara manual lima kelajuan atau automatik CVT enam kelajuan. Enam warna menjadi pilihan untuk Saga SV seperti Putih (Solid White), Hitam (Tranquility Black), Perak (Genetic Silver), Biru (Blue Rock), Coklat (Elegant Brown), dan Merah (Fire Red). Ianya juga didatangkan dengan jaminan pengeluar selama tempoh 3 tahun atau 100,000km.

Saga SV dilengkapi dengan roda keluli bersaiz 13 inci berserta penutup roda, unit radio dengan pemain CD, tingkap pintu kuasa (Power Windows) pada keempat-empat pintu, stereng kuasa (Power Steering), cermin sisi kawalan manual, lampu signal tepi diintegrasikan dengan cermin sisi, beg udara berkembar (Dual Air  Bag), tali pinggang keselamatan pra-regangan (pre-tensioner), ‘child restraint anchorage’, 'reverse sensor' dan ‘immobiliser’.



Walaubagaimana pun, oleh kerana harganya yang rendah, terdapat beberapa komponen di tiadakan pada Proton Saga SV. Antaranya ialah kotak kecemasan perubatan (First Aid Kit), segi tiga keselamatan (Safety Triangle), ‘Jumper Cable’ dan hiasan hujung ekzos (Tip Exhaust) tidak disertakan bersama. Turut ditiadakan ialah dulang bagasi (Luggage Tray), pelindung pintu (Door Visor), ‘trunk lid cover’ dan pemegang pintu (Door Handdle) serta cermin sisi menggunakan plastik tiada bercat. Secara peribadinya, kesemua komponen ini boleh di beli sendiri di kedai aksesori jika anda inginkannya.

Harga yang ditawarkan untuk Saga SV dengan transmisi manual ialah RM33,438.00 (Solid) dan RM33,888.00 (Metalik). Bagi Saga SV dengan transmisi CVT pula, harganya ditetapkan pada RM36,438.00 (Solid) dan RM36,888.00 (Metalik). Kesemua harga adalah OTR termasuk insuran. Harga tersebut merupakan harga lebih rendah sekurang-kurangnya dalam RM5,000 berbanding Proton Saga FLX Standard 1.3 liter. 




























Sumber daripada paultan.org & permotoran.com


No comments:

Post a Comment