Wednesday, 12 February 2014

Proton Persona SV Harga Bermula RM44,938



Setelah Proton Saga SV mendapat sambutan rakyat Malaysia, kini Proton telah memperkenalkan lagi model terbaru variasi SV iaitu Proton Persona SV. Seperti Proton Saga SV, ianya juga adalah sebuah kereta mampu milik oleh rakyat Malaysia tanpa kompromi dengan kualiti, keselesaan, prestasi pemanduan dan keselamatan. 

Proton Persona SV di kuasakan dengan enjin 1.6 liter Campro AIFM yang mampu menghasilkan 100hp pada 6,500rpm dan tork 148Nm pada 4,000rpm. Dengan dua varian iaitu manual lima kelajuan dan automatik empat kelajuan, Persona SV ini turut dipacukan dengan suspensi MacPherson struts untuk hadapan dan multi-link bersama bar penstabilan bagi pacuan belakang. 
Malah ia turut dipadankan dengan rim bersaiz 15 inci untuk tayar 195/60.


Proton Persona SV ini merupakan model berdasarkan Proton Persona Elegance tetapi telah di naik taraf dengan tambahan dua beg udara berkembar, cakera brake pada keempat-empat tayar dan tali pinggang keselamatan pra regangan (pre-tensioner). Ciri-ciri keselematan tidak di kecualikan iaitu ABS, EBD dan sistem pengendalian 'Lotus Ride & Handling) yang mantap. Ianya juga di lengkapi dengan tingkap kuasa (Power Windows) pada kesemua pintu, stereng kuasa (Power Steering), lampu Signal di intergrasi pada cermin sisi dan Reverse Sensor.

Walaubagaimana pun, terdapat beberapa kekurangan komponen yang terpaksa di lakukan bagi menjadikan harganya lebih rendah. Antaranya ialah alas kaki (Coil Mat), bekas pelbagai guna (Multi-purpose Container), pelindung pintu (Door Visor), kotak kecemasan perubatan (First Aid Kit), dulang bagasi (Luggage Tray), ‘Tint Film’, segi tiga keselamatan (Safety Triangle), ‘Trunk Lid Cover’, hiasan hujung ekzos (Exhaust Tip), lampu kabus (Fog Lamp), dan cermin sisi kini perlu dilaras secara manual. Secara peribadinya, kesemua komponen ini boleh di beli sendiri di kedai aksesori jika anda inginkannya.

Harga yang ditawarkan untuk Persona SV dengan transmisi manual ialah RM44,938.00 (Solid) dan RM45,388.00 (Metalik). Bagi Persona SV dengan transmisi automatik pula, harganya ditetapkan pada RM47,938.00 (Solid) dan RM48,388.00 (Metalik). Kesemua harga adalah OTR termasuk insuran. Ianya juga didatangkan dengan jaminan pengeluar selama tempoh 2 tahun atau 50,000km. Harga tersebut merupakan harga lebih rendah sekurang-kurangnya dalam RM2,500 berbanding Proton Persona Standard 1.6 liter.

Proton Persona SV boleh didapati dalam pilihan enam jenis warna seperti Hijau (Chiffon Green), Hitam (Tranquillity Black), Coklat (Bronze Garnet), Kelabu (Genetic Silver), Putih (Solid White), Merah (Fire Red) dan warna baru iaitu Biru (Atlantik Blue) seperti Proton Suprima S.







































Sumber daripada paultan.org & permotoran.com & infokereta.com & oto.my

No comments:

Post a Comment