Friday, 7 February 2014

Perodua Alza Facelift Harga Bermula RM52,400




Perodua sudah pun memperkenalkan model terbaru Alza Facelift secara rasminya di One Utama sejak hampir empat tahun model Alza di perkenalkan dahulu. Masih lagi mengekalkan komponen mekanikalnya iaitu engin 3SZ-VE 1.5 litre dengan DVVT. Serta 104 PS dan 136 Nm torque,  16-valve DOHC unit di pasangkan sama ada pada lima kelajuan manual atau empat kelajuan automatik. 

Dengan berwajah bawah dengan lampu hadapan (HeadLamp) Facelift yang seakan Myvi juga kini tiada lagi berwarna oren pada lampu Signal atas lampu Projection. Malah lampu belakangnya lampu (TailLamp) kini juga tiada berwarna merah dan pada bumpernya terdapat lampu Reflector menegak seperti Myvi. Pada bahagian belakangnya juga terdapat jalur hitam di antara cermin belakang dengan tempat nombor plate yang mana logo Perodua.

Ciri-ciri keselamatan yang ada pada Alza Facelift ini adalah ianya merupakan empat bintang ASEAN NCAP dengan di lengkapi dua Airbag pada Dashboardnya, ABS dengan EBD malah terdapat rangka pelekap pada tempat duduk kedua untuk di pasangkan pada tempat duduk bayi. Brake hadapan menggunakan Disc Hydraulic manakala Brake belakangnya menggunakan Drum. Alza Facelift ini di sertakan bersama tiga tahun waranti servis percuma.

Terdapat lima pilihan warna iaitu Putih (Ivory White), Hitam (Ebony Black), Kelabu (Glittery Silver), Ungu (Mystical Purple) dan Merah (Passion Red). Kesemuanya berwarna metalik kecuali warna putih dan warna merah adalah warna terbaru tiada pada model Alza sebelumnya. Harga pasaran Alza Facelift di Malaysia bagi Standard bermula RM52,400 untuk manual dan  RM55,400 untuk automatik. Manakala bagi SE bermula RM56,400 untuk manual dan RM59,400 untuk automatik. Bagi Advanced Vesion hanya terdapat automatik yang berharga RM64,000 di atas jalan (On The Road). Menurut Perodua harga-harga tersebut adalah 2.1% sehingga 7.4% potongan di buat daripada model sebelumnya.




1. Alza Facelift Standard







2. Alza Facelift SE



















3. Alza Facelift Advanced Version














Sumber daripada paultan.org

No comments:

Post a Comment